MENU

Khidmat Pengurusan

  • Bertanggungjawab atas pengurusan sumber manusia seperti hal ehwal berkaitan perjawatan , perkhidmatan dan latihan.
  • Bertanggungjawab atas urusan pentadbiran Am Majlis seperti pentadbiran harian Majlis, surat menyurat, fail-fail pengurusan, bekalan logistik dan Hal Ehwal Ahli Majlis.
  • Urusetia kepada mesyuarat harian, dan yang melibatkan Majlis disamping Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Majlis, Mesyuarat Pentadbiran Majlis dan sebagainya.
  • Menyediakan perkhidmatan perundangan, penguatkuasaan serta pendakwaan.
  • Perhubungan Kemasyarakatan badan-badan NGO serta perhubungan Awam.

Perbendaharaan Perbendaharaan

  • Penyediaan belanjawan dan anggaran belanjawan.
  • Melaksanakan aktivi-aktiviti kawalan perbelenjaan.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti pungutan hasil dan pelaburan.
  • Menyediakan aktiviti-aktiviti perakaunan, penyediaan gaji , elaun dan sebagainya yang berkaitan pembayaran.
  • Penyediaan laporan-laporan kewangan dan perakaunan berkala.

Penilaian & Pengurusan Harta

  • Mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian harta di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Harta Majlis.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti penilaian semula kadar sewa (Akta kawalan Sewa)
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pengurusan Harta Majlis.
  • Melaksanakan aktiviti penyelidikan seperti kajian semula penilaian, sewa, kos, kaedah penilaian dan sebagainya.

Perkhidmatan Kemasyarakatan

  • Mengurus dan menyelia dan menguatkuasakan aktiviti –aktiviti perkhidmatan Bandar seperti perkhidmatan sampah , pelupusan sisa pepejal, parit/longkang, jalan dan sebagainya.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan kesihatan awam seperti kawalan mutu makanan, kebersihan alam sekitar kawalan penyakit dan sebagainya.
  • Mengurus dan menyelia aktiviti-aktiviti perniagaan seperti lesen penjaja , gerai, pasar, premis-premis perniagaan seperti kilang –kilang, rumah tumpangan dan iklan.
  • Mengurus dan mengeluarkan lesen –lesen perniagaan dan menguatkuasakan aktiviti-aktiviti tersebut selaras dengan Akta yang diperuntukan.