MENU

PIAGAM PELANGGAN UNIT BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

Aktiviti
Tempoh
• Memastikan permohonan kelulusan Pelan Bangunan yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan Tidak lebih daripada dua (2) bulan.
• Memastikan permohonan kelulusan Pelan Bangunan/ Struktur/Sementara Tidak lebih daripada dua (2) bulan.
• Memastikan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan (Pengubahsuaian Bangunan Kediaman) yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan. Tidak lebih daripada satu (1) bulan.
• Memastikan Permohonan Kelulusan Sijil Layak Menduduki yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan. Tidak lebih daripada satu (1) bulan.
• Memastikan Pengembalian Wang Pertaruhan yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan Tidak lebih daripada dua (2) bulan.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT PROJEK MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Semua aduan kerosakkan ke atas infrastruktur dan kemudahan awam diambil tindakan awal dalam tempoh satu (1) minggu.
  • Semua permohonan kelulusan pelan lampu jalan sekim perumahan yang lengkap dan mematuhi syarat TNB akan diberikan kelulusan dalam tempoh satu (1) bulan.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENILAIAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Keraguan tentang cukai taksiran akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam dari tarikh menerima aduan.
  • Boring pindah milik (Borang J/J) yang telah lengkap akan di proses dalam masa ½ jam.
  • Permohonan lapur kosong akan diselesaikan selepas dimaklumkan (3 hari).
  • Permohonan lapur reban/roboh akan diselesaikan selepas dimaklumkan (3 hari).

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KEWANGAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Mengeluarkan bil cukai taksiran 2 kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan berkualiti kepada para pelanggan dalam tempoh 5 minit.
  • Menjelaskan tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh sesuatu tuntutan diluluskan untuk pembayaran.