MENU

Selamat Berkhidmat..

Majlis Daerah Kubang Pasu mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Tuan Setiausaha yang baru ditukarkan ke Majlis Daerah Kubang Pasu.

Beliau adalah Encik Mohd Asrol Sany Bin Awang Puteh yang menggantikan Encik Helmi Bin Yahya yang ditukarkan ke Pejabat Kewangan Negeri Kedah sebagai Ketua Penolong Pegawai Kewangan.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu bermula pada 22 Mac 2015.

Tahniah dan Selamat Berkhidmat di Kubang Pasu

 

Selamat Berpisah..

 

Pihak Majlis Daerah Kubang Pasu mengucapkan jutaan terima kasih diatas jasa dan budi yang diberikan oleh Encik Helmi Bin Yahya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Majlis Daerah Kubang Pasu bermula 1 Oktober 2013 sehingga 22 Mac 2015.

Semoga lebih berjaya ditempat baru