MENU

Kompleks Perdagangan Bebas Cukai

Kompleks Perdagangan Bebas Cukai (Cergas Jaya) menawarkan berbagai barangan pada harga yang rendah berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain. Ianya terdiri daripada 3 bahagian dengan lebih 5000 meter persegi, ruang runcit, tempat letak kereta dan bazaar yang berdekatan dengan gerai-gerai.

Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kaunter penukaran wang, kaunter insuran, kantin dan gerai jualan. Di samping itu, terdapat juga gerai buah-buahan dan barangan dari Negara jiran Thailand.

Pelancong-pelancong yang bertumpu di Bukit Kayu Hitam adalah terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand di samping dari Negara-negara lain yang turut menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.