MENU

Kolej Komuniti

Beroperasi di bawah pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Teknik, Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Teknik, Kolej Komuniti Bandar Darul Aman yang juga dikenali sebagai KKBD telah ditubuhkan pada 1 Jun 2001. KKBD telah beroperasi pada Mei 2004 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia terletak di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah dan berada dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu. Kolej ini ditadbir oleh seorang pengarah dengan bantuan dua orang ketua jabatan dan disokong oleh 134 orang pensyarah serta 25 orang kakitangan.

Satu program Diploma Teknologi Komputer (DTK) ditawarkan oleh KKBD manakala empat program peringkat sijil iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS), Sijil Teknologi Elektronik (STE) dan Sijil Automotif (SAU) turut ditawarkan oleh KKBD.

Cawangan pertama KKBD yang menawarkan program Sijil Automotif (SAU) telah dibuka pada tahun 2006 di Bandar Darulaman manakala cawangan kedua yang dibuka di Jerai pada tahun 2007 menawarkan program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan.

KKBD juga berperanan sebagai penggerak masyarakat dan pemangkin ekonomi masyarakat menerusi aktiviti dan kerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Daerah Kota Star (DKS), Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Yayasan Tekun, Yayasan Sultanah Bahiyah dan lain-lain agensi.

Sumber : http://www.kkbda.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1&Itemid=40