MENU
  1. Bagi permohonan yang dikemukakan secara online perlukah pengemaskinian dibuat kepada Portal OSC?

    - Bagi permohonan secara online pengemaskinian tidak perlu dibuat di dalam Portal OSC.

  2. Bagaimana jika sesuatu permohonan menggunakan lukisan manual tetapi ingin dihantar secara online?

    - Lukisan manual tersebut perlulah diimbas dan dimuatnaik dalam format pdf.

  3. Melalui OSC Online bagaimanakah fee pemprosesan dijelaskan?

    - Bayaran manual semasa menghantar 3 set dokumen ke OSC Online.

  4. Apakah sub modul OSC Online?

    - Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu : a. E permohonan = pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan. b. E permintaan perkhidmatan = pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan. c. E rujukan = menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang disenaraikan d. e tanya = pre-consultation secara online e. e aduan = membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan f. e panduan = maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT berkaitan g. e bayaran = pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan h. e kad laporan = menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online.

  5. Apakah modul modul utama OSC Online?

    - 2 modul utama adalah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.

  6. Terdapat agensi teknikal dalaman atau luaran yang masih memerlukan hardcopy untuk tujuan semakan. Bagaimanakah perkara ini dilaksanakan?

    - Agensi teknikal yang berkaitan perlu berurusan terus dengan pemohon untuk mendapatkan hardcopy. b. B. Walaubagaimanapun agensi teknikal disaran mengambil tindakan sewajarnya untuk berpindah dari kaedah menyemak atas hardcopy kepada kaedah menyemak secara online secara berperingkat.

  7. Berapa lamakah bahan bahan yang telah dimuatnaik disimpan dalam sistem sebelum permohonan dipadamkan?

    - Pemohon akan dimaklumkan tentang perkara perkara yang perlu dibekalkan untuk melengkapkan permohonan sebelum OSC membuat edaran. b. Sekiranya pemohon gagal mengemukakan perkara-perkara yang diperlukan iaitu gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari, permohonan akan dihantar kepada storage. c. Jika pemohon masih gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari seterusnya , dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik akan dipadamkan. d. Bagi pemohon yang masih berminat untuk mengemukakan permohonan, muatnaik dan penyerahan perlu dilakukan semula.

  8. Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?

    - 5 hari kalender untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar permohonan secara online

  9. Bila salinan cetak hardcopy dikemukakan?

    - Pada peringkat ini pemohon masih perlu menurunkan tandatangan pada hardcopy yang dihantar sebagai proof of submission dan pada pelan pelan yang telah bersedia untuk diendos untuk dikeluarkan kelulusan rasmi e-signature akan diambilkira dalam fasa penambahbaikan seterusnya.

  10. Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?

    - a)Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh dihantar kepada laman sesawang b)PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon. c)Bagi aspek kawalan terhadap dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri. d)Pemohon hendaklah menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT yang berkaitan.