MENU
  1. Syarat Syarat Lesen

    - 1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen 2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat 3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran. 4. Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut 5. Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan 6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan. 7. Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong . 8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang.

  2. Bilakah tarikh akhir pembayaran cukai pintu perlu dibuat bagi mengelakkan daripada dikenakan denda?

    - Cukai pintu perlu dibayar sebelum 28 Februari pada penggal pertama dan 31 Ogos pada penggal kedua setiap tahun

  3. Siapakah pemohon kepada OSC Online?

    - Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan di antaranya termasuk :-arkitek a)jurutera b)perancang c)juruukur tanah.

  4. Apakah format pelan pelan dan dokumen yang dimuatnaik?

    - Pelan pelan dan dokumen yang dimuatnaik adalah dalam format PDF.

  5. Kenapa dalam format PDF dan bukan CADD file?

    - a) Fail permohonan lebih kecil dan ringan serta tidak membebankan sistem dan storage. b) Seperkara lagi tiada pindaan boleh dibuat ke atas pelan-pelan dan dokumen oleh pegawai penyemak.

  6. Adakah salinan cetak hardcopy masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?

    - 1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan sebagai proof of submission.

  7. Bilakah tarikh akhir bayaran sewa gerai milik MDKP?

    - Penyewa perlu menjelaskan sebelum atau pada tarikh 31 haribulan setiap bulan

  8. Bagaimana sesebuah gerai milik Majlis akan disita?

    - Gerai akan disita sekiranya penyewa tidak membayar sewa bulanan selama tempoh 3 bulan berturut turut

  9. Syarat Syarat Permohonan

    - 1. Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) 2 . Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut: • 1 Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik) • 1 Salinan kad pengenalan / pasport pemohon • 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)

  10. Dokumen yang perlu dibawa semasa memperbaharui lesen

    - 1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport. 2. Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba). 3. Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja ). 4. Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minumam sahaja). 5. Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009 Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010 Salinan pendaftaran perniagaan (SSM).